Selamat datang ke Izza's Beauty Health....KEDAI ONLINE kami menawarkan PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN "CANTIK LUAR CANTIK DALAM, IDAMAN WANITA" iaitu JAMU RATU HATI yang sememangnya BERKUALITI dan mampu membantu mengatasi masalah anda...para wanita diluar sana yang mengalami masalah hormon tak stabil, haid, kesuburan, keintiman dan kebahagiaan rumahtangga sangat2 disyorkan mengambil JAMU RATU HATI dimana ramuannya 100% herba tradisional dan 100% selamat digunakan....in Shaa Allah rumahtangga bahagia bertambah harmoni.....selain itu kami juga menawarkan beberapa produk kecantikan lain seperti sabun bervitamin yang baik untuk kulit..whatsApp kami di 019-6521152 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan....terima kasih kerana sudi melayari dan membeli dari kami...(^_^)

♥ Demam Ketika Hamil??- Bahayakah?? ♥


Mengalami jangkitan demam semasa hamil merupakan detik yang agak mencemaskan bagi wanita bakal bergelar ibu. Apa-apa sahaja penyakit sebaiknya kita mahu elakkan kerana risau akan memberi kesan terhadap anak di dalam kandungan.

Demam yang dihidapi oleh wanita hamil memang amat membimbangkan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang ingijn dielakkan, namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu tidak mahu seseorang bakal ibu itu terpaksa juga menempuhnya dengan hati yang redha.

" Abu Hurairah r.a berkata : Tidak ada penyakit yang menimpaku yang aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku,  dan Allah s.w.t akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam... "

Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat adalah 37.0 darjah celcius...jika melebihi bacaan ini, anda dikira sebagai demam.


Anda syak diri anda demam? Apa yang perlu dilakukan? Pertamanya, lakukan pemeriksaan suhu badan. Pastikan anda mengambil bacaan dengan betul (menggunakan thermometer). Jangan cuak dan panik. Sekiranya suhu badan didapati:

Kurang daripada  39.0 darjah Celcius

Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia masih di paras selamat, yakni tidak berbahaya.

Melebihi 39.0 darjah Celcius

Mungkin boleh memberi kesan mudarat kepada bayi. Berhati-hati!

Jika suhu terlampau panas, proses perkembangan fizikal bayi boleh terganggu malah boleh membawa kepada perkara yang paling ditakuti oleh ibu-ibu mengandung iaitu keguguran. NAMUN, usah bimbang kerana perkara ini hanyalah berdasarkan kajian yang lemah dan tidak mendalam daripada para saintis.

Jika mengalami demam yang tinggi diawal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan apabila dilahirkan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah nueral tube defects seperti spina bifida terutama ketika demam itu berlaku ketika proses pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas ovum disenyawakan.

Cara menurunkan suhu badan

Dicadangkan agar wanita yang mengalami demam mengambil bacaan suhu yang betul...Adalah sukar untuk mengatakan seorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan didahi..oleh itu gunakan termometer agar dapat bacaan suhu yang tepat..

Cuba praktikkan ini sebagai usaha untuk menurunkan temperature badan:
– minum air suam dengan banyak
– tuam tuala basah pada bahagian dahi dan dada




"Demam panas adalah daripada serpihan api neraka, maka sejukkanlah ia dengan air"
(Hadis Sahih Bukhari & Muslim)

Sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan pemeriksaan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan dan jangan lupa berdoa agar kesihatan kita kembali kepada sedia kala. Semoga anda cepat sembuh :)

Jangan lupa kongsi jika dirasakan bermanfaat!

No comments:

Post a Comment