Tanda-tanda awal kehamilan secara umumnya mungkin wanita-wanita diluar sana sudah ramai yang tahu..kerana pada dasarnya sebelum hamil seseorang wanita sudah pasti mencari info-info terlebih dahulu tentang hal ini..
Contoh, antara tanda awal kehamilan yang pasti ramai sudah ketahui ialah salah satunya lambat datang haid dan rasa mual-mual. Namun hakikatnya kedua hal tersebut bukanlah satu kepastian, orang yang hamil pasti terlambat datang haid dan rasa mual-mual...Namun, orang yang lewat datang hadi dan mual-mual itu tidak semestinya mengandung!!
Disini...izza kongsi serba sedikit tanda-tanda awal kehamilan yang izza sendiri rasa..ada juga yang izza ambil dari pembacaan blog-blog dan majalah..untuk panduan wanita yang ingin hamil dan juga yang tak tahu dirinya dah hamil....(^_^)
TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN
1. PENDARAHAN
Tanda pertama yang biasa terjadi ialah pendarahan atau bercak darah yang diakibatkan oleh implantasi..atau disebut implantation bleeding...dimana benih yang telah disenyawakan nak membenamkan dirinya ke dinding rahim...warna darah bukan la merah pekat macam darah haid...tapi warna coklat2 merah muda jer...tanda ni berlaku pada diri izza bila pregnant Putra Hafiz...(^_~)
2. KRAM PERUT
Perut rasa kram seperti senggugut...ini terjadi kerana janin sedang membenam ke dalam rahim...kadang-kadang seseorang wanita yang mengalami tanda ini tidak tahu beza sama ada dia sakit perut nak datang hadi ataupun dia sedang melalui fasa awal kehamilan...
3. PAYUDARA TEGANG DAN SENSITIF
Tiba-tiba, kita dapat rasakan payudara agak bengkak, nampak lebih tegang, besar dan lebih berat dari biasa... Selain itu, akan rasa nyeri dan tak selesa pada payudara bila tersentuh..ada juga wanita yang rasa gatal dikawasan payudara..
4. SAKIT KEPALA
Ia berlaku akibat perubahan hormon didalam badan...Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal ynag dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah...Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan "stress" ..
Bila ada tanda-tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor...Elakkan beli ubatan sendiri difarmasi...lebih baik berjumpa dengan doktor terlebih dahulu...
5. RASA CEPAT PENAT
Rasa ingin bermalas-malasan sahaja.. Inggin baring dan berehat jer... Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan.. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah...Penurunan gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa cepat penat ini...
Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula...rasa penat ni sememangnya tanda-tanda awal kehamilan.
6. MENGIDAM
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
7. WARNA AREOLA MENJADI GELAP
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
8. KERAP BUANG AIR KECIL
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
9. DERIA RASA BERUBAH
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
10. MABUK HAMI PAGI (MORNING SICKNESS)
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
11. TIDAK DATANG HAID
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
12. UJIAN KEHAMILAN POSITIF
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
HARGA HEBAT!!!
SEBOTOL 60 BIJI
RM 60 SM
POSTAGE RM7 SM / RM11 SS
SMS @ WASSAP 0196521152
No comments:
Post a Comment