Assalamualaikum…
Berkaitan dengan isu yang melanda mengenai masalah rahim bengkak, saya ada merujuk blog Dr Malinda di mana ia jelas menggambarkan situasi sebenar apakah punca rahim bengkak, tanda-tanda, makanan yang perlu dielakkan, rawatan serta makanan yang membantu memulihkan masalah ini.
Diharap perkongsian kali ini mampu memberi manfaat kepada pengunjung setia izzasbeautyhealth.blogspot.my. Di bawah adalah rajah struktur rahim seorang wanita. Ia merupakan rumah bagi kita selama lebih kurang 40 minggu di dalam kandungan ibu. Sifatnya sangat unik dan merupakan salah satu anugerah tidak ternilai dari Maha Pencipta.
Secara anatominya, sistem reproduktif wanita terdiri dari :
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Kebanyakan wanita tidak pasti masa ada uterus atau ovary yang sebenarnya membesar. Kebiasaannya mereka hanya akan mengatakan bahawa rahim mereka bengkak.
Oleh itu, sekiranya anda berhadapan dengan masalah sebegini, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan diagnosis dan khidmat nasihat doktor sama ada uterus atau ovary yang membengkak.
Kemudian, anda boleh membawa gambar untrasound (scan) yang telah dibuat untuk merujuk kepada pakar.
Apakah yang dimaksudkan dengan BENGKAK RAHIM????
Masalah rahim bengkak di dalam bahasa sains nya disebut sebagai Uterine fibroid atau Ovarian Cyst.
Menurut kajian, 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka langsung tidak mengetahui tentang perkara ini sehinggalah di diagnosis oleh mana-mana doktor dan secara kebetulan dikesan semasa melakukan scan atau ultrasound terhadap rahim mereka. Namun begitu, dalam 99% kes uterine fibroid, ia bukan sejenis kanser.
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]
Sehingga kini masih belum ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah punca sebenar berlakunya uterine fibroid atau ovarian cysts.
Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menyatakan bahawa rahim anda membengkak hanya disebabkan oleh satu perkara sahaja samaada diet, produk mahupun suppilment.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku dengan kombinasi beberapa faktor antaranya:
4 Faktor Utama Berlakunya Fibroid Dan Cyst
1. Hormon estrogen berlebihan
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cysts.
(Sebab tu Izza xnak guna pil perancang keluarga...rancang sendiri jerr....huhu)
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah Pembedahan?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst.
Antara langkah yang dapat membantu adalah :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :
Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
7. Amalkan JAMU RATU HATI secara konsisten....sempat nak promot tu....hihi
Adakah Soya produk Memberi Kesan Buruk Kepada wanita?
Dalam isu ini, terdapat banyak berbahasan dan perbalahan mengenai soya. Ada yang yang positif dan tidak kurang juga yang membantah.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza.
Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari. Tahukah anda, soya, kekacang dan flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Apakah Suppliment yang boleh diambil mereka yang mempunyai fibroid dan cyst?
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant
Bagaimana dengan GLA (asid gamma linolenik)?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Apakah minyak masak apa yang terbaik?
Tahukah anda, semua minyak masak yang terproses atau ‘refined oil’ adalah tidak baik untuk kesihatan? Minyak yang terbaik sememangnya olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil.
Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa. namun begitu,yang baik sememangnya lebih mahal berbanding minyak biasa.
Oleh itu, bagi anda yang menggunakan minyak sawit, pastikan hanya digunakan sekali sahaja. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid.
Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah ‘Air Fryer’ – ianya lebih baik kerana makanan di goreng tidak menggunakan minyak.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.
Artikel menarik untuk dibaca :
No comments:
Post a Comment