Selamat datang ke Izza's Beauty Health....KEDAI ONLINE kami menawarkan PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN "CANTIK LUAR CANTIK DALAM, IDAMAN WANITA" iaitu JAMU RATU HATI yang sememangnya BERKUALITI dan mampu membantu mengatasi masalah anda...para wanita diluar sana yang mengalami masalah hormon tak stabil, haid, kesuburan, keintiman dan kebahagiaan rumahtangga sangat2 disyorkan mengambil JAMU RATU HATI dimana ramuannya 100% herba tradisional dan 100% selamat digunakan....in Shaa Allah rumahtangga bahagia bertambah harmoni.....selain itu kami juga menawarkan beberapa produk kecantikan lain seperti sabun bervitamin yang baik untuk kulit..whatsApp kami di 019-6521152 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan....terima kasih kerana sudi melayari dan membeli dari kami...(^_^)

❤ BERSALIN CEASER vs NORMAL ❤

Alhamdulillah....kali ini Izza nak cerita sikit berkenaan dengan besalin secara CEASER vs NORMAL. Memandangkan isu ini amat sensitif dan hangat diperkatakan. Kadang-kadang tanpa kita sengaja, kita telah melukai hati orang lain disebabkan isu ini. "kenapa bersalin ceaser??kenapa tak boleh normal??". Pasti pernah dapatkan soalan ni..Ceaser atau normal, dua2 sakit...dua2 perlu penjagaan rapi sewaktu berpantang. Ini yang akan menetukan kesihatan "kewanitaan" kita dimasa akan datang..
.
Ok....disini Izza nak kongsikan pengalaman Izza sendiri. Izza pernah bersalin secara CEASER masa anak sulung (sekarang dah berusia 2 tahun) dan bersalin secara NORMAL masa anak kedua (sekarang baru berusia 4 bulan). 
.
PENGALAMAN IZZA BERSALIN CEASER ANAK PERTAMA.

.
Dapat je tahu yang Izza pregnant, bersyukur tidak terhingga. Yela, 2 tahun menanti zuriat. Mau tak gumbira bukan kepalang kan. Izza memang amalkan cara pemakanan yang sihat sejak dari awal mengandung. Buah delima memang hari2 Izza makan. Alhamdulillah HB tak pernah low sepanjang kehamilan.
.
Masa tu Izza dijangka bersalin 18hb Mac 2014. Usia kandungan genap2 40 weeks. Tunggu punya tunggu masih juga tak rasa sakit. Yela kan, anak first, masih tak tahu, takde pengalaman. So teruslah pergi hospital. Sebab doktor dah pesan, dah capai 40 minggu if tak rasa sakit, pergi hospital terus untuk cek keadaan baby.
.
Sampai hospital, misi suruh tukar baju pink, cucuk jarum kat tangan(ni yang seriau..sakit wooo kalau terlanggar) mesti kena...admit ward atau tak, jarum mesti kena cucuk. Then doktor suruh baring nak cek laluan. Sekali doktor seluk...fewww...sakit....huhu....laluan dah buka 2cm. Alhamdulillah....tapi masih tidak rasa sakit lagi...
.
Izza kena admit ward. Lepas sejam tu baru terasa sakit. Tapi tak kuat, dalam hati Izza cakap, ni ke sakit contraction? Misi pun kejap2 datang tengok Izza...tak lama lepas tu datang seorang lagi doktor perempuan. "Puan, saya nak cek jalan ye"..lembut je doktor tu cakap.. Izza pun hanya tadah je la...sekali dia seluk...aduh sakit...then jari doktor tu godek2 kat dalam tuttt..."jalan cantik ni puan, tapi masih 2cm...kita masukkan belon nak puan?"..doktor tu tanya.
.
Hah?? Belon?? apa ke benda tu?? belon yang selalu budak2 main tiup2 tu ke? Bukan puan, belon ni kita akan masukkan dalam faraj, berisi air..puan tak dibenarkan bangun selama 1 jam lepas kami masukkan belon ni..lepas sejam baru boleh jalan2...tujuan masukkan belon ni untuk tahu bukaan jalan dah besar ke belum..bila belon jatuh means jalan dah buka besar...Izza pun ok tanda faham.
.
After doktor pasang tu, Izza pun tidur la atas katil. Dah tak boleh bangun kan...kalau tak Izza mesti hilang, asyik berjalan je. Nak bagi jalan cepat buka. Masa ni dah start rasa contraction tapi tak kuat la.. Lepas sejam....Izza pun bangun la..sebab misi pesan untuk buat CTG lepas dah sejam..Berdiri je tepi katil, bop! belon jatuh. Cepat2 misi panggil doktor. Doktor pun cek jalan...dah buka 4cm...boleh tolak ke labour dah ni.
.
Ni la CTG scan....memang tak boleh gerak dah kalau dah pasang benda ni...lama pulak tu...sampai naik lenguh pinggang
.
Masa kat labour room, misi siap2 pasangkan CTG kat perut. Ni yang tak best, sebab dah tak boleh bergerak. Contraction dah 5 minit sekali. Memang sakit. Doktor cek jalan baru 5cm. Setiap kali kena seluk, setiap kali tu la darah keluar mencurah2. Orang cakap Izza mengandung kembar darah...tak tahu la kan..Then doktor pecahkan air ketuban, untuk percepatkan bukaan. Contraction makin kuat. Kali ni memang genggam erat tangan suami. Alhamdulillah suami dibenarkan masuk ke labour room menemani Izza untuk sambut kelahiran.
.
Masuk labour room pukul 7.30 malam....doktor cek laluan 5cm pada jam 9 mlm dan pecahkan air ketuban...anak sulung memang lambat sikit katanya. Tapi doktor macam risau je, sebab bacaan CTG tak berapa cantik. Setiap kali contraction, heart beat drop. Doktor macam cemas sikit. Cepat2 dia berbincang dengan beberapa orang doktor lagi. Entah apa diorang discus tak berapa lama lepas tu, doktor ni semua beritahu Izza dan suami yang Izza perlu menjalani pembedahan, sebab baby semakin lemah. Mulanya Izza agak keberatan nak tandatangan surat pembedahan, nak cuba juga bersalin normal, tapi doktor cakap baby semakin lemah..perlu bertindak segera.
.
Izza dan suami terus tandatangan surat tu. Yelah takpelah, asalkan baby selamat. Contraction makin kuat. Ya Allah memang sakit hanya tuhan je yang tahu. Masa ni barula teringat kat mak, macamnila mak aku dulu menanggung sakit bersalin.
.
Misi segera tukarkan baju Izza. Naikkan atas katil. Masa Izza sedang di tolak ke OT room, Izza dah meneran atas katil tu. Tak tahan sakit nak meneran...huhu... Sampai di OT room, terus doktor cucuk epidural kat tulang belakang. Tak berapa lama lepastu kaki dah start rasa kebas, then tak rasa apa2 dah start dari pinggang sampai bawah. Tapi dengarlah doktor cakap, ya Allah dah buka 7cm dah....kenapa tak try vacum ke forsep ke dulu....urmmm...tak boleh buat apa dah, Izza dah tak rasa apa. Masa pembedahan rasa la doktor tekan2 perut, tarik2...tapi tak rasa sakit. Sejuk ya amat dalam OT room. Izza pun macam mamai2 je masa tu...Tak lama lepastu,, dengar suara baby menangis...Alhamdulillahhh...Izza selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3,5kg pada jam tepat 12 malam 19hb Mac 2014.
.
Bermulalah episod berpantang. Alhamdulillah Izza tidak mengalami muntah2 atau pening kepala selepas 6 jam pembedahan. Elok je bangun sendiri pergi toilet. Berjalan elok takde rasa sakit kat perut. Akak kat katil sebelah pun hairan. Siap tanya Izza tak sakit ke? sebab akak tu pun ceaser, tapi muntah2 dan batuk menyebabkan luka kat perut dia sakit. Alhamdulillah, Izza bersalin ceaser dan dipermudahkan oleh Allah dengan tidak mengalami sebarang sakit atau komplikasi.
.
Berpantang macam biasa. Balik je dari hospital, jamu dulu Izza telan. Sebab nak kembalikan tenaga kita yang dah banyak hilang masa bersalin dan juga nak pulihkan rahim cepat. Cuma bengkung je Izza tak pakai. Param, pilis, bedak sejuk, stokin semua pakai. Alhamdulillah rahim cepat kecut, luka cepat elok. Misi pun terkejut tengok Izza kembali sihat dengan cepat, luka kat perut pun elok cantik je....Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya..
.

PENGALAMAN IZZA BERSALIN SECARA NORMAL ANAK KEDUA

Sebelum buat keputusan untuk mengandung kali kedua, Izza pergi cek dulu rahim Izza dan minta pandangan doktor. Doktor scan semua alhamdulillah rahim elok cantik. Izza memang tak nak ambil apa2 perancang. Ye la sebelum ni lama menunggu zuriat. Then bila dah dapat sorang nak merancang pulak. Memang tak la...Mula2 agak takut juga, sebab anak pertama bersalin secara ceaser. Seeloknya jarakkan anak selama 2 atau 3 tahun. Biar luka pembedahan benar2 sembuh dulu. Tapi Izza tak nak. Izza tak ambil sebarang perancang. Lebih banyak yang buruk dari yang baik kesan dari makan pil perancang ni.
.
So Izza dan suami hanya merancang sendiri je...hihi.. Anak sulung masuk je usia 7 bulan, Izza dah pergi cek rahim Izza. Doktor kata boleh kalau nak mengandung semula sebab rahim dan luka pembedahan memang dah cantik. Alhamdulillah...2 bulan lepas tu..Izza disahkan pregnant...syukurrr
.
Sepanjang pregnant, doktor selalu buat follow up..yela Izza sebelum ni bersalin ceaser, belum setahun dah mengandung lg. Dikhuatiri rahim boleh terkoyak dan membahayakan nyawa ibu dan anak. Alhamdulillah sepanjang pregnant Izza takde rasa sakit pun kat perut.. Malah Izza still lg breastfeed anak sulung walaupun pregnant. Fully breastfeed ok...dah nak masuk labour room pun sempat bf anak lagi...hihi
.
Ok, dipendekkan cerita...masa kandungan 36 weeks, Izza perlu buat pemeriksaan dengan doktor pakar samada boleh bersalin secara normal ataupun tidak...doktor cakap boleh bersalin secara normal. Tapi Izza perlu tandatangan 1 surat dimana if ada apa2 emerguncy berlaku yang menyebabkan Izza tak boleh bersalin secara normal kena jalani pembedahan. Doktor sarankan terus operate je. Sebab risau masa meneran nnti rahim boleh terkoyak.. ini antara risiko yang perlu kita tahu if nak bersalin secara normal kalau sebelum ni pernah bersalin ceaser..ngeri dengar kan?? Tapi Izza tetap nak bersalin secara normal kalau boleh.
.
Macam abang sulung dia juga, baby dalam kandungan ni dah 39 weeks 6 hari..still takde rasa sakit. Kat surat agreement ada nyatakan Izza perlu admit ward pada 12 hb 11 2015 if takde rasa sebarang contraction. So admit la ward. Dalam hati risau je.. Izza tak nak la ceaser sekali lg kn...nak bersalin normal..
.
Pergi hospital jam 10 pg...pukul 4 ptg baru jumpa doktor. Doktor scan baby dah berat 3.4kg...aiyooo besarnya..boleh ke normal ni.. dalam hati Izza cakap. Doktor cek jalan, baru buka 2cm. Hurmmm...lambat lagi la nak bersalin ni...sakit memang takde rasa langsung. Dalam hati tak putus2 doa, agar dipermudahkan Izza bersalin secara normal. Mulut Izza setiasa baca doa ni


Jam 7.30 malam, Doktor cek jalan lagi sekali. Masih 2 cm. Allah, hati memang dap dup dap dup je...taknak la ceaser sekali lg kan..So Izza pun ditransfer ke ward..sebab bukaan masih kecil...doktor nak tggu sampai esok, if still 2cm jawabnya operate la jugak..
.
Pukul 8 malam, Izza pergi ambil wuduk nak solat magrib, sementara tunggu dapat katil tu pergi la solat dulu kan. Sementara tunggu nak dapat katil. Dalam pukul 8.30 malam macamtu baru dapat katil. Hubby la yg ulang alik uruskan semua sampai la Izza dah duduk dalam ward.. kesian hubby kepenatan, seharian dengan Izza kan...so Izza pun suruh hubby balik je..sebab risau juga anak sulung tinggal dengan atuknya. Kesian atuknya penat. Lagipun Izza takde rasa sakit pun.
.
Lepas hubby balik, jam 9.00 malam, Izza pun pergi la menunaikan solat isyak. Masa rakaat pertama tu dah start rasa contraction..tapi Izza buat tak tahu je...sampai la habis solat macam biasa. Jam dah pukul 10 malam, contraction dah 10 minit sekali. Izza still relax lagi, siap boleh baring lagi atas katil, tiap kali contraction datang Izza tarik nafas istighfar banyak2...kali ni dah start rasa macam nak buang air besar..2 3 kali la keluar masuk tandas..rasa nak membuang..tapi takde pulak keluar najisnya...Izza fikir ni nak bersalin ni..terus Izza bagitau misi.."Nurse, saya rasa nak bersalin dah ni, contraction 3 minit sekali"...Misi cakap "ok puan pergi ke bilik CTG tu...nanti sy panggilkan doktor cek jalan dulu"..
.
Izza pun pergi la ke bilik seperti yang diarahkan..sementara tunggu doktor datang, sempat lagi selfie..hihi..taraaaa...masa ni tengah menahan sakit contraction..muka kembang gilerrr...hihi


Doktor pun sampai....sekali cek laluan...eehhhhh....dah 9cm...Nurse!!! sedia tolak patient ke labour room dengan kadar segera!!...Doktor bagi arahan kat nurse....wah cepatnya jalan buka!! dari tadi 2cm....tak sampai berapa jam jalan dah 9cm...alhamdulillah Allah permudahkan..mulut Izza tak lepas baca doa tadi tu..terus call hubby, bgtau yang Izza dah nak bersalin. Pukul 11 masuk labour room..pkul 11.57 12hb 11 2015 selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.65 kg...alhamdulillah syukur semuanya selamat...tak perasan hubby sampai waktu bila..tau2 ada orang pegang tangan Izza bg kata2 semangat kat Izza masa tengah meneran...Anak kedua ni hubby yang sambut sendiri...tercapai hasrat nak bersalin normal...syukurrr
.
Bermula lah sekali lagi episod berpantang Izza....In shaa Allah next entry Izza akan kongsikan amalan berpantang Izza ya..Tq guys kerana sudi baca entry Izza ni...jumpa lagi :-)
.

No comments:

Post a Comment