Selamat datang ke Izza's Beauty Health....KEDAI ONLINE kami menawarkan PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN "CANTIK LUAR CANTIK DALAM, IDAMAN WANITA" iaitu JAMU RATU HATI yang sememangnya BERKUALITI dan mampu membantu mengatasi masalah anda...para wanita diluar sana yang mengalami masalah hormon tak stabil, haid, kesuburan, keintiman dan kebahagiaan rumahtangga sangat2 disyorkan mengambil JAMU RATU HATI dimana ramuannya 100% herba tradisional dan 100% selamat digunakan....in Shaa Allah rumahtangga bahagia bertambah harmoni.....selain itu kami juga menawarkan beberapa produk kecantikan lain seperti sabun bervitamin yang baik untuk kulit..whatsApp kami di 019-6521152 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan....terima kasih kerana sudi melayari dan membeli dari kami...(^_^)

❤ 10 TIPS CEPAT HAMIL ❤


Sedang ikhtiar nak hamil cepat? Kalau boleh lepas kahwin je terus mengandung. Mesti best kan. Orang kata apa. Bunting pelamin. hehe.
Tapi tak semua orang merasa begitu. Ada tu bertahun2 kahwin masih menanti zuriat. Semua ni adalah kehendak Allah. Jangan putus asa berdoa ok..
.
Ni Izza share 10 TIPS CEPAT HAMIL.
Semoga serba sedikit membantu TTCian semua 😍
.














Cara Kesan Hari Subur klik SINI


















❤ RENGAT SELEPAS BERSALIN. NORMAL KE??? ❤

Pengalaman Izza bersalin anak ke tiga, tak pernah-pernah sebelum ni kena rengat, tetiba bersalin yang ketiga ni kena rengat. Sakitnya Ya Allah. Rasa seperti contraction nak bersalin lagi sekali 😭


RENGAT NI APA?

Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Diikutkan, rengat ni bukanlah satu masalah serius dan berbahaya. Sebabnya kalau diikutkan logik pon rahim kita dah menghabiskan masa selama 9 bulan untuk membesar. Lebih kurang 25 kali lebih besar daripada saiz asal. Dan sebenarnya rengat ni membantu rahim kita untuk mengecut kembali dalam masa 4 ke 6 minggu selepas melahirkan. 

Jangan risau. Ada cara untuk hilangkan rasa rengat ni. Insya Allah boleh lega. Takkan la kita nak tahan sakit sampai 6 minggu ye tak? Biasanya rengat akan mula pada 24 jam ke 48 jam yg pertama selepas kita melahirkan. 

Walaupon rengat ni bukanlah sesuatu perkara yg perlu dirisaukan tapi, rengat boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Yes. Discomfort & pain. Dah la nak menjaga luka bersalin. Kena rengat pulak. Anak kuning lagi. Stress kan? Lagi2 1st time mommies. Huhu.

Rileks. Rileks. Jangan terlalu risau. Deal dengan masalah satu persatu. Tarik nafas, lepaskan perlahan2 dan percaya yg semua ni akan berlalu. Cuma ambil masa. Positif ok!

Biasanya ibu kali pertama maybe tak perasan rengat ni. Melainkan kalau dari 1st baby sampai la anak yg lain rengat ni dah menjadi perkara biasa. Tapi untuk ibu2 yg sebelum ni tak pernah kena rengat, maybe boleh bezakan rengat ni. Izza dah rasa sakitnya rengat masa bersalin Putra Hariz anak ke tiga ni. Sebab sebelum ni masa bersalin Putra hafiz dan Putri Zulaikha tak kena rengat. Alhamdulillah.

Ada orang cakap yang rengat akan terjadi after each subsequent baby. Maksudnya risiko untuk diserang rengat untuk anak kedua dan berikutnya adalah lebih tinggi berbanding 1st time mommies. Tapi takdela report yg mensahihkan berita ni. Cuma cakap2 orang je.

Ada jugak yg cakap rengat terjadi disebabkan ada darah beku yg tertinggal dalam rahim. Wallahu a'lam. 

Antara tips yg dikongsikan dalam kebanyakan artikel berkaitan dengan rengat dan after pains ni termasuklah :

➽ Cuba kencing dengan kerap. Sebab punci kencing yg penuh akan mengambil ruang rahim. Sebab tu la rengat boleh terjadi. In fact bukan takat sakit je. Pendarahan pon boleh jadi lebih teruk lagi.

➽ Baring meniarap dan letakkan bantal pada bahagian bawah abdomen. Tapi kalau c section camni nak baring meniarap. Huhu.

➽ Kebanyakan hospital akan bagi painkillers untuk kita tahan rasa sakit yg datang selepas melahirkan ni. Kalau rasa sakit tu muncul seminggu lepas bersalin atau sakit menjadi2, refer dengan doktor cepat sebab risau ada jangkitan kuman. Pada saya, penggunaan painkillers ni elokla dijadikan sebagai resolusi terakhir.

➽ Gunakan warm packs. Kalau orang melayu kita prefer bertungku kot kan. Sekarang ni banyak jenis tungku dah. Kalau takde batu sungai boleh guna tungku besi, tungku herba, tungku tanah liat. Macam2 ada. Bila letak tungku atas perut dapat la mengurangkan kesakitan dan mengeluarkan saki baki darah beku yg ada dalam rahim tu. Izza gunakan kaedah tunku batu sungai. Sebab memang dah ada masa bersalin anak pertama dulu.


➽ Berurut pon dapat melegakan rengat ni. Kalau tak rengat pon memang urutan la cara paling sesuai dan best untuk legakan sakit2 badan lepas melahirkan. Bestnya kena urut. Hehe.

➽ Sapukan minyak panas. Ni pon salah satu cara untuk melegakan rengat dan sakit2 badan lepas bersalin. Lagi2 kalau pakai minyak panas. Memang lega la. 

➽ Jangan lupa pengambilan jamu sama ada dalam bentuk kapsul atau jamu rebus. Jamu juga membantu untuk memanaskan rahim dan membantu pengecutan rahim dengan cepat. Izza balik je dari hospital terus makan jamu. Walaupun baby Izza ada sedikit jaundis tapi Izza tetap makan jamu. Alhamdulillah jaundis baby semakin kurang walaupun Izza makan jamu. Setiap baby tak sama. Mayb ada baby boleh ada baby pulak perlu tunggu sampai jaundis hilang baru ibunya boleh makan jamu :-)



Dalam botol air tu jamu godok a.k.a jamu rebus :-)

Itu antara cara nak atasi rengat lepas bersalin yg banyak dikongsi dalam internet. Dan Izza percaya memang itu jugakla mak2 kita dari dulu lagi syorkan. Sebab tu la orang lepas bersalin kena berurut. Kena bertungku. Kan?

Untuk ibu2 yg bercadang nak susukan anak lepas bersalin, mesti akan rasa rengat ni lagi menjadi2 bila kita menyusukan anak sebab rahim kita masih sensitif dengan hormon oxytocin yg dilepaskan masa menyusukan anak. Jangan putus asa disebabkan sakit sementara tu ok!

Dan lagi satu, bagi yg tak pernah rasa rengat tu bersyukur aje lah. Tak bermakna kalau tak kena rengat maknanya rahim kita tak mengecut. Not every mother feels them. Insan terpilih je tau! Maknanya orang2 yg tahan sakit je terpilih. Hehe.


❤ Dah lama menanti kehadiran si comel? ❤


"Dah lama menanti kehadiran si comel?"
.
#throwback pengalaman Izza sendiri yang menanti selama 2 tahun lebih. Kini penantian menjadi kenyataan 
.
.

Selama tempoh 2 tahun menanti, setiap kali dah lewat piyed, hati Izza dah berbunga-bunga. Moga adalah rezeki bulan ni. Janganlah turun piyed ni. Namun, perasaan kecewa, air mata jatuh berguguran bila test UPT negatif. Esoknya turun piyed. Kecewa, memang kecewa, sampai jadi takut nak test lagi.
.
.
Namun begitu, dengan penuh harapan dan doa, setelah berusaha macam-macam masih belum ada tanda-tanda mengandung. Suatu hari, akak ipar minta tolong suami Izza belikan jamu kat nenek, sebab kak ipar ni tengah menunggu nak bersalin. Jamu ni untuk dimakan masa dalam pantang nanti. Nenek suami pembuat dan pengamal jamu tradisional orang jawa . Izza ikut suami pergi rumah nenek. Kebetulan nenek tengah buat jamu masa tu. Nenek cakap jamu ni bagus, bukan untuk orang dalam pantang je, anak dara, orang tua pun boleh. Jamu ni sihatkan dalaman kita.
.
.
Tergerak hati Izza nak cuba jamu ni. Telan la sesudu teh sehari. Buntang biji mata nak telan. Yelah jamu kan tahu la rasa dia macam mana. Pahit! Sekarang ni lebih mudah sebab Izza dah kapsulkan. Senang telan sulam dengan air je.
.
.
Ok, berbalik pada cerita Izza tadi. Selama lebih kurang 2 bulan la jugak membuntangkan mata menelan jamu ni. Piyed yang dinanti-nanti tak kunjung tiba. Nak test UPT kang takut kecewa pulak. Tekak dah start rasa loya. Badan dah rasa lain macam. Tetiba keluar pulak darah merah muda. Menangis bucu katil dah. Tapi pelik, kenapa sikit je darahnya. Warna pun merah cair. Tak macam selalu. Beranikan diri juga test. Berkali2 gosok mata, 22/7/2014 nampak macam ada dua garis. Tak puas hati, repeat test lagi 2 hari. Rasa macam nak melompat ke bintang bila tengok garis ke dua perlahan-lahan muncul. Semakin lama semakin terang. Apekah?? Betul ke ni??Dah ada si kecil dalam perut ini??
.
.
Dan hasilnya...boleh lihat gambar di bawah 
.
.
 Putra sulong lahir 19/3/2014
.
.
 Putri kedua lahir pada 12/11/2015
.
.
 Putra ketiga lahir pada 17/2/2017
.
.
.
.
Sekarang ni Izza nak kongsi kepada TTCian yang sedang ikhtiar nak hamil. Tak cuba tak tahukan. Mana tahu asbab JAMU RATU HATI korang HAMIL.  
.
Izza ada buat promo bagi yang order 3 botol. Pakat la dengan kengkawan, share2 beli. Tak pun untuk kegunaan diri sendiri pun boleh saja. Jimat pun jimat!

.
.
Sebotol RM60
Postage RM7 SM / RM11 SS

.
.
Kalau boleh Cik Puan wasap atau PM Izza dulu ye. Izza tak dapat nak mulakan wasap 
.
www.wasap.my/+60196521152
www.wasap.my/+60196521152
www.wasap.my/+60196521152