Selamat datang ke Izza's Beauty Health....KEDAI ONLINE kami menawarkan PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN "CANTIK LUAR CANTIK DALAM, IDAMAN WANITA" iaitu JAMU RATU HATI yang sememangnya BERKUALITI dan mampu membantu mengatasi masalah anda...para wanita diluar sana yang mengalami masalah hormon tak stabil, haid, kesuburan, keintiman dan kebahagiaan rumahtangga sangat2 disyorkan mengambil JAMU RATU HATI dimana ramuannya 100% herba tradisional dan 100% selamat digunakan....in Shaa Allah rumahtangga bahagia bertambah harmoni.....selain itu kami juga menawarkan beberapa produk kecantikan lain seperti sabun bervitamin yang baik untuk kulit..whatsApp kami di 019-6521152 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan....terima kasih kerana sudi melayari dan membeli dari kami...(^_^)

♥ Cara Memutihkan Wajah Dengan Kunyit ♥

Kunyit..atau nama saintifiknya turmeric @ curcuma adalah sejenis ramuan yang selalu
kita gunakan dalam masakan, herba untuk kesihatan...tahukah
anda kunyit pun boleh digunakan untuk memutihkan kulit wajah..
Siapa yang tak kenal kunyit kan?? Kunyit ni boleh digunakan untuk
memutihkan wajah secara semulajadi tau...yang pasti, bahan ni senang untuk didapati serta murah, disamping berbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit..


Kunyit sangat popular digunakan sebagai masker wajah semulajadi...
Bahkan, sebahagian besar usahawan produk kecantikan telah mengeluarkan
masker siap pakai berdasarkan bahan kunyit...Namun, bahan yang semulajadi
semestinya lebih bermanfaat untuk memutihkan kulit tanpa kesan sampingan..

CARA MEMUTIHKAN WAJAH DENGAN KUNYIT

Kunyit mengandungi khasiatnya yang tersendiri yang boleh membuatkan kulit lebih cerah dan sihat...Zat aktif didalamnya, iaitu curcumin yang berfungsi sebagai anti radang, anti-septik, anti-kuman, dan anti-penuaan..
Bahan dapur yang berwarna kuning keemasan ini juga kerap digunakan untuk merawat jerawat, kerana kunyit memang kaya dengan khasiat anti-bakteria..
sehingga bekas jerawat boleh pudar secara perlahan-lahan...berikut
adalah zat yang terkandung didalam kunyit dan manfaatnya sebagai cara
untuk memutihkan kulit wajah secara semulajadi..

~ Kalsium : berfungsi membentuk lapisan kulit paling luar dan dapat menghilangkan kulit kering serta bersisik..
~ Vitamin C : Berfungsi membentuk kolagen dan menjaga keanjalan kulit
~ Vitamin B6 : Diperlukan untuk membentuk sel-sel kulit baru sekaligus membuatkan kulit tetap sihat dan lembap..
~ Potassium : Berfungsi mengatasi kulit kering dengan cara melembapkannya,
sehingga permukaan kulit wajah akan lebih halus dan lembut..
~ Magnesium : Berperanan penting untuk menghasilkan kulit yang tampak lebih cerah dan muda sekaligus melambatkan proses penuaan kulit...


CARA MEMUTIHKAN KULIT WAJAH SECARA SEMULAJADI : MASKER KUNYIT, SUSU DAN MADU...

Untuk hasilkan masker, biasanya dicampur dengan beberapa bahan semulajadi yang lain...kombinasi bahan2 semulajadi ini akan menghasilkan manfaat berkali ganda untuk kulit anda...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

> 1/4 sudu teh serbuk kunyit
> 1 sudu teh susu (susu segar lebih baik)
> 1 sudu teh madu

Caranya :
1. Bersihkan wajah dengan pembersih muka untuk membuang kotoran dan sisa make-up
2. Cucui wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori yang tersumbat agar zat boleh meresap dengan baik
3. Campurkan bahan-bahan diatas, dan gunakan jari oleskan pada wajah yang sudah dikeringkan.
4. Biarkan selama 10 minit atau sehingga masker mengering..
5. Akhir sekali, bilas wajah dengan air sejuk atau air biasa..

Lakukan cara memutihkan kulit wajah dengan cepat ini seminggu sekali untuk mendapatkan kecantikan ala putri-putri raja. Susu segar berfungsi melembutkan kulit wajah yang kasar dan memberikan nutrisi untuk wajah anda, sekaligus membuang sel kulit-kulit mati. Sementara itu, madu mengandungi khasiat anti-bakteri dan antiseptik yang berfungsi membunuh bakteri dan mencegah timbulnya noda hitam. Jadi, cara memutihkan wajah dengan kombinasi madu, kunyit, dan susu adalah pilihan yang sempurna.

SELAMAT MENCUBA...!!!!


No comments:

Post a Comment