Ramai masih tidak tahu dan tidak sedar bahawa ibu yang keguguran WAJIB berpantang seperti berpantang bersalin.
Tetapi aturan berpantangnya berbeza bergantung kepada beberapa faktor.
1. Usia janin/kandungan ketika gugur
2. Asbab keguguran
3. Adakah melalui prosedur dnc?
1. USIA JANIN/KANDUNGAN.
Jika janin masih baru, istulahnya sebentuk darah dan belum lagi bernyawa, tempoh berpantang ialah 30 hari.
Jika janin antara tempoh trimester ke 2 - trimester ke 3, terbentuk daging, samada sudah bernyawa atau tidak bernyawa, tempih berpantang ialah 44 hari.
Jika janin sudah melangkaui 3rd trimester, atau keguguran berulang, adalah baik jika anda berusaha untuk berpantang 100 hari.
2. ASBAB KEGUGURAN
Menurut ilmu perbidanan melayu lama, ada beberapa jenis keguguran dan penyebab2nya.
a. Pangkal servik lemah ( incompetent cervix).
Ini kes yang banyak saya terima sejak 2 minggu yang lepas di pusat rawatan saya. Asal kandungan masuk trimester ke 3 je...gugur. So, di akhir trimester selalunya pakar perubatan akan jahit mulut rahim sehingga bayi dh bersedia dilahirkan.
Punca? Kdg2 wanita dilahirkan dengan rahim yang sediakala lemah. Juga buat wanita yang beranak ramai tetapi tidak berpantang dan makan herba yang bantu kuatkan semula rahim utk kelahiran akan datang. Kadang2 keguguran jenis ini akan berulang.
b. Kedudukan rahim
Ada kes dimana wanita selepas bersalin diasak rahimnya sehingga terperosok ke tulang kajang. Lalu bila si ibu mengandung lagi, janin tak mampu membesar kerana janinnya "lemas" lalu berlakulah keguguran. Sbb tu penting mengetahui aturan sengkak rahim. Tak boleh terlalu awal. Tak boleh ketika rahim masih lemah.
Malah jika seorang wanita pernah jatuh terhentak kuat di punggung juga mengakibatkan rahim mereka mudah terkalih dan terperosok ke tulang kajang.
Juga boleh berlaku pada mereka yg suka2 meminta sengkak jarak kelahiran. Mengasak rahim ke posisi yang menyukarkan kehamilan.
c. Kandungan tidak membesar.
Kecacatan kandungan dimana kandungan tidak bernadi. Mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon atau kecacatan kromosom pada bayi
Faktor2 lain ialah:
Persekitaran yang terdedah kepada bahan2 kimia dan bahan2 toksik. Sakit berjangkit, Sistem ketahanan badan, Jangkitan kuman, Masalah hormon dll.
3. DNC atau tidak.
Kedua2nya perlu dirawat. Kalau melalui DnC, maksudnya rahim ibu sudah terluka dan lagi perlu dirawat.
Jika pakar hanya menunggu janin untuk keluar sendiri (induce) , si ibu lagi kena makan herba yang membantu pengeluaran sisa2 uri dan janin sepenuhnya untuk mengelakkan keracunan dalam rahim
Apakah aturan yang perlu dibuat utk berpantang keguguran?
1. RAWATAN
- urut hanya selepas seminggu. Itupun mulakan dengan urutan ringan selama 3 hari. Lepas 2 minggu baru blh diasak urutan pada urat2 besar ibu.
- Jangan dicungkil peranakan. Cukup sekadar tuam.
- Bengkung dan pakai ubat barut adlaah WAJIB. Rahim perlukan sokongan dari luar.
- Tangas kering. WAJIB dan sangat penting. Buat 14 hari berturut. Start dari hari ke 30 sehingga hari ke 44.
2. ATURAN BERPANTANG
- Berpeluh? Yes!
- Berstokin dan berlengan panjang? Yes!
- Berehat dan tak keluar rumah? Yes!
3. PANTANG MAKAN
- Untuk elakkan gugur badai atau gugur berulang, pantang makan sama macam pantang orang bersalin. Sampai bila?
Sampai dah hamil balik!
4. PANTANG SUAMI
- Kalau janin belum bernyawa. 30 hari.
- Kalau janin dah bernyawa. 44 hari.
- Kalau gugur sebab mulut rahim lemah. 100 hari!
Lagi satu.
Ubat herba untuk keguguran TIDAK BOLEH berasaskan jamu2 rapat seperti manjakani, kacip fatimah, akar serapat dan sama waktu dengannya. Rapat2 masa ni bahaya. Patutnya kita kena amlkn herba dan rempah ratus yang membantu mengeluarkan lebihan2 uri atau janin (jika ada), darah2 kotor, kuatkan semula rahim dan rawat luka rahim.
Amalkan rempah ratus dan herba2 yang membantu mengecutkan rahim (sebab kita tak ada proses pengecutan melalui penyusuan) seperti cekur, kunyit, halia, jejintan, halba, lengkuas, serai dan temu2. These herbs and spices mmg digunakan dalam masakan merupakan food medicine bagi bidan2 lama.
Nak rapat2...makan lepas 30 hari. Rawat dulu rahim bukan nak rapat je.
Bahana ibu2 yang tidak berpantang ketika keguguran ialah mereka mudah mengalami tekanan emosi, mempunyai kesuburan di masa akan datang, lemah rahim dan memgakibatkan gugur berulang, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan yang menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, kerap demam.

No comments:
Post a Comment